Khamis, 16 Ogos 2012

Input Devices


Keybooard

Papan kekunci komputer merupakan sebuah papan yang terdiri dari butang-butang seperti huruf abjad (A-Z) untuk menaip kalimat, juga terdapat angka 3, 4, 5, 8, 3, 3, dan lain-lain, serta simbol-simbol khusus lainnya pada komputer. Dalam pengkomputeran, papan kekunci menggunakan susunan butang atau kunci, untuk bertindak sebagai tuas mekanikal atau suis elektronik.




                                                            SCANNER


Pengimbas (bahasa Inggeris: scanner) merupakan suatu alat yang digunakan untuk mengimbas suatu bentuk mahupun sifat benda, seperti dokumen, foto, gelombang, suhu dan lain-lain. Hasil imbasan itu pada umumnya akan diubah ke dalam komputer sebagai data digital. Terdapat beberapa jenis pengimbas bergantung pada kegunaan dan cara kerjanya, antara lain:

-pengimbas gambar.
-pengimbas barcode.
-pengimbas sinar-X.
-pengimbas cek.
-pengimbas logam.
-pengimbas Optical Mark Reader (OMR).
-pengimbas 3 Dimensi.




                                                        MOUSE




Tetikus (bahasa Inggeris: mouse) adalah alat yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer selain papan kekunci. Tetikus memperoleh nama demikian karena kabel yang menjulur berbentuk seperti ekor tikus [1].
Tetikus pertama kali dibuat pada tahun 1963 oleh Douglas Engelbart berbahan kayu dengan satu butang. Model kedua sudah dilengkapi dengan 3 butang. Pada tahun 1970, Douglas Engelbart memperkenalkan tetikus yang dapat mengetahui posisi XY pada skrin komputer, tetikus ini dikenal dengan nama XY Position Indicator (indikator kedudukan XY).
Bentuk tetikus yang paling umum mempunyai dua butang, masing-masing di sebelah kiri atas dan kanan atas yang dapat ditekan. Walaupun demikian, komputer-komputer berasaskan Macintosh biasanya menggunakan tetikus satu butang.
Tetikus bekerja dengan menangkap gerakan menggunakan bola yang menyentuh permukaan keras dan rata. Tetikus yang lebih modern sudah tidak menggunakan bola lagi, tetapi menggunakan sinar optis untuk mengesan gerakan. Selain itu, ada pula yang sudah menggunakan teknologi wayarles, baik yang berpusat radio, sinar inframerah, mahupun bluetooth.
Saat ini, teknologi terkini sudah membolehkan tetikus memakai sistem laser sehingga resolusinya dapat mencapai 2.000 titik per inci (dpi), bahkan ada yang boleh mencapai 4.800 titik per inci. Biasanya tetikus model ini diperuntukkan bagi penggemar permainan video.




                                     
                                     Microphone




Mikrofon (bahasa Inggeris: microphone) adalah suatu jenis transduser yang mengubah tenaga-tenaga akustik (gelombang bunyi) menjadi isyarat elektrik. Mikrofon merupakan salah satu alat untuk membantu komunikasi manusia. Mikrofon digunakan pada banyak alat seperti telefon, alat perakam, alat bantu dengar, dan pengudaraan radio serta televisyen.
Istilah mikrofon berasal dari bahasa Yunani mikros yang bererti kecil dan fon yang bererti suara atau bunyi. Istilah ini pada asalnya merujuk kepada alat bantu dengar untuk suara berintensitas rendah. Penemuan mikrofon sangat penting pada masa awal perkembangan telefon. Pada awal penemuannya, mikrofon digunakan pada telefon, kemudian seiring berkembangnya masa, mikrofon digunakan dalam pemancar radio hingga ke pelbagai kegunaan lain. Penemuan mikrofon praktikal sangat penting pada masa awal perkembangan telefon. Beberapa penemu telah membuat mikrofon primitif sebelum Alexander Graham Bell.
Pada tahun 1827, Sir Charles Wheatstone telah membangunkan mikrofon. Ia merupakan orang pertama yang membuat "mikrofon frasa". Selanjutnya, pada tahun 1876, Emile Berliner mencipta mikrofon pertama yang digunakan sebagai pemancar suara telefon. Mikrofon praktikal komersil pertama adalah mikrofon karbon yang ditemui pada bulan Oktober 1876 oleh Thomas Alfa Edison. Pada tahun 1878 , David Edward Hughes juga mengambil bahagian dalam perkembangan mikrofon karbon. Mikrofon karbon tersebut mengalami perkembangan hingga tahun 1920-an.
James West and Gerhard Sessler juga memainkan peranan yang besar dalam perkembangan mikrofon. Mereka mempatenkan penemuan mereka iaitu mikrofon elektrik pada tahun 1964. Pada waktu itu, mikrofon tersebut menawarkan sesuatu yang tidak dimiliki oleh mikrofon sebelumnya, iaitu harga rendah, sehingga dapat dicapai oleh seluruh pelanggan. Bahagian lain dalam sejarah perkembangan mikrofon ialah revolusionalisasi mikrofon dalam industri di mana membolehkan masyarakat umum untuk mendapatkannya. Hampir satu juta mikrofon dihasilkan setiap tahun. Lalu pada tahun 1970-an, mikrofon dinamik dan mikrofon kondenser mulai dikembangkan. Mikrofon ini mempunyai tahap kesensitifan yang tinggi. Oleh kerana itu, hingga saat ini mikrofon tersebut digunakan dalam dunia penyiaran.